Pusat Kesihatan
Universiti, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman.
Tel: +6049284444
Fax: +6049285921
.::
Pengenalan ::.
Kata-kata
aluan, latar belakang, objektif, wawasan, piagam pelanggan,
falsafah, motto, logo, peraturan dan etika, pencapaian,
anugerah serta lokasi PKU. [Masuk]
blank
.::
Warga PKU ::.
Carta
pentadbiran, senarai staf serta ruangan khas mengenai
bekas staf PKU sejak ditubuhkan hingga sekarang. [Masuk]
blank
.::
Perkhidmatan ::.
Carta
perkhidmatan, senarai perkhidmatan dengan keterangannya
dan panduan menghadapi kecemasan. [Masuk]
blank
.::
Diari PKU ::.
Berita
terkini di PKU, perancangan aktiviti tahunan, arkib
berita dan hebahan. [Masuk]
blank
Anda
merupakan pelawat ke
.::
Hebahan ::.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEMUA WARGA KERJA PKUUUM
UNTUK SEMUA WARGA UUM.
SEMUGA AIDIL FITRI AKAN MERAPATKAN LAGI SILATULRAHIM
ANTARA KITA .
PESANAN DARI KAMI, DI SAMPING KITA GEMBIRA DENGAN SAMBUTAN AIDIL FITRI JANGAN LUPA MENJAGA KESIHATAN ANDA .
UUM Bina Pusat Kesihatan Baru Serba Lengkap
PROUUM ONLINE, 16 April: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mempunyai sebuah Pusat Kesihatan baru yang dilengkapi bilik pembedahan, makmal perubatan, farmasi, unit fisioterapi, unit hemodalisis, wad pesakit untuk lelaki dan wanita.
Projek bernilai RM5 juta itu untuk menaik taraf pusat kesihatan sedia ada mula dijalankan awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2009 melibatkan pembinaan bangunan utama setinggi tiga tingkat dan juga penambahan ruang wad untuk pesakit.
Pengarah PKU, Dr Mohamad Sanuri Rahmad berkata, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat kampus pihaknya merasakan satu keperluan kepada universiti untuk menaik tarafkan pusat kesihatan sedia ada.
Katanya, bangunan dan kemudahan yang ada sekarang hanya untuk kegunaan serta kemudahan kepada 10,000 orang sahaja sedangkan UUM kini mempunyai hampir 25,000 masyarakat kampus.
"Infrastruktur yang ada juga tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sempurna kepada pelanggan yang terdiri daripada pelajar dan staf UUM sendiri.
"Dengan ruang yang sempit ini juga kadang-kadang memberikan kesan tidak baik kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik ini," kata Dr Sanuri lagi.
Projek yang dijangka siap mengikut jadual ini akan memberikan suasana baru kepada kakitangan klinik dan juga pelanggan secara amnya.
Bangunan baru itu akan menempatkan bilik operasi, pejabat utama, makmal perubatan, farmasi, unit fisioterapi, unit hemodalisis, wad pesakit untuk lelaki dan wanita serta wad VIP yang dilengkapi dengan bilik air dan sistem hawa dingin.
Sementara itu, bagunan sedia ada pula akan menempatkan unit kecemasan, klinik gigi, bilik x-ray yang diperbesarkan dan kafeteria.
Dr Sanuri berkata, kemudahan yang ada akan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya memberikan keselesaan kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan.
"Setiap hari purata yang mendapatkan rawatan di PKU ini antara 300 hingga 400 pesakit dan dengan adanya kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan menerusi peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ini mampu memberikan kepusaan kepada mereka," katanya.
Tambah beliau, setelah siap kelak semua kawasan utama di PKU akan dilengkapkan dengan kemudahan internet bagi membolehkan mahasiswa UUM tidak membuang masa ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan.
"Kita mahu waktu menunggu mereka tidak terlepas dengan begitu sahaja malah boleh mengakses internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan," ujar Dr Sanuri.
Habis.
DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283006/3007/3014
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my
____________________________ Tarikh Berita: 17/4/2008
PKU
UUM ada menyediakan Buku Tamu dalam versi elektronik
di dalam laman webnya. Pengunjung boleh menggunakan
Buku Tamu ini untuk beberapa perkara iaitu:
»
Aduan mengenai masalah kebersihan, vektor dan lain-lain
lagi.
»
Pertanyaan kepada pentadbiran PKU.
»
Mengajukan komen dan cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan.
MedicWeb v2.0 adalah versi terbaru laman web PKU UUM
yang telah dibangunkan dengan ciri-ciri baru bagi
memudahkan pengguna dan juga webmaster. Untuk paparan
terbaik, sila gunakan Internet
Explorer 5.5, Opera
7.11 atau NeoPlanet
5.1 ke atas dengan paparan skrin 1024 x 768 pixels
atau paparan minimum 800 x 600 pixels.
blank
blank
blank
Menghadapi
kecemasan di luar waktu pejabat? Bagaimana
untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan? Lihat panduan
menghadapi kecemasan di luar waktu pejabat yang
telah disediakan.